Semua bawah satu bumbung

Perkhidmatan Motor Kekal

Beli motor cuma permulaan. Dari pinjaman sampai insurans, waranti dan servis — kami uruskan semua supaya anda senang.

Pembiayaan mudah lulusBawa motor lama, balik naik baruBengkel sendiri, alat ganti asliInsurans & cukai jalan
Paling popular

Pembiayaan mudah lulus

Kami kerja dengan beberapa bank. Beritahu kami gaji dan pekerjaan anda — kami cakap awal-awal peluang lulus, jadi anda tak buang masa isi borang yang takkan diluluskan.

  • Deposit serendah RM500 untuk model terpilih
  • Tempoh 3–5 tahun · ansuran fleksibel
  • Pembeli kali pertama & e-hailing dialu-alukan
Pembiayaan mudah lulus

Bawa motor lama, balik naik baru

Tukar-beli

Bawa motor lama, balik naik baru

Kami beli motor lama anda dan tolak terus dari harga motor baru. Dapat anggaran harga cepat — cuma hantar gambar dan model di WhatsApp.

1

Hantar butiran

Model, tahun, jarak (km) dan gambar motor lama di WhatsApp.

2

Terima anggaran

Kami bagi harga anggaran dengan pantas.

3

Bawa masuk kedai

Kami sahkan keadaan dan finalkan harga.

4

Naik yang baru

Nilai trade-in ditolak dari motor baru anda.


Waranti & servis

Bengkel sendiri, alat ganti asli

Servis dibuat di bengkel kami sendiri — tiada hantar ke pihak ketiga. Setiap servis direkod pada motor anda.

  • Servis berjadual mengikut buku servis
  • Alat ganti asli · waranti pengeluar dikekalkan
  • Ambil motor dalam Johor Bahru untuk kerosakan besar
Book servis
Bengkel sendiri, alat ganti asli

Insurans & cukai jalan
Renew di kaunter

Insurans & cukai jalan

Renew insurans dan road tax terus di kaunter. Tiada beratur di Pos Malaysia — kami print di tempat, siap dalam beberapa minit.

  • Insurans motosikal semua jenama
  • Road tax (cukai jalan) siap di tempat
  • Peringatan renew — kami WhatsApp sebelum tamat tempoh

Soalan lazim

Soalan yang kami dengar setiap hari

Perlu ke bayar deposit online?

Tidak. Kami tak kutip bayaran online. WhatsApp kami dulu, kemudian bayar di kedai atau melalui pindahan bank.

Boleh buat pembiayaan untuk pembeli kali pertama?

Boleh. Kami kerja dengan beberapa bank dan beritahu awal-awal peluang anda lulus, termasuk untuk motor pertama dan pemandu e-hailing.

Berapa lama proses trade-in?

Anggaran harga cepat melalui WhatsApp. Nilai muktamad ditentukan bila kami tengok motor di kedai.

Boleh renew insurans dan cukai jalan di kedai?

Ya. Kami print insurans dan road tax terus di kaunter — tak payah beratur di Pos Malaysia.

Berapa lama untuk dapat motor kalau takde stok?

Kebanyakan jenama boleh kami source dalam beberapa hari. WhatsApp nama model, kami sahkan dan quote.

Ada soalan lain?

WhatsApp kami — kami balas dengan pantas waktu kerja.